Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab bagi kematian seorang calon pilihan raya Parlimen di wilayah utara Iraq.
Mangsa dikenal pasti sebagai Faruq Zarzur al-Juburi, 45, dibunuh di kediamannya di bandar Nineveh.
Daesh tampil membuat pengakuan itu menerusi aplikasi rangkaian sosial Telegram, hari ini.
Menurut kenyataan kumpulan itu, al-Juburi, calon dari Perikatan Nasional ditembak mati di Qayyarah, kira-kira 70 kilometer di selatan Mosul, pada waktu subuh kerana mendakwa dia adalah seorang atheis.
Sehari sebelum pembunuhannya, al-Juburi memuat naik video di Facebook menggesa pengundi supaya tidak memilih calon yang salah, selain tidak terpedaya dengan pihak yang mahu membeli undi mereka. - Press TV
7 Mei 2018 - 17:24
News ID: 892482
Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab bagi kematian seorang calon pilihan raya Parlimen di wilayah utara Iraq.